Wednesday, August 11, 2010

LASKOM '10

Tanggal 6 Oktober 2010...

Wakil-wakil daripada jabatan Perisian Grafik dan Multimedia (GMM), FSKSM UTM mengembara ke Lumut,Perak. Kami mulakan perjalan of course dengan bacaan doa daripada KJ kami, Dr Mohd Shahrizal Sunar sebab jadi ketua rombongan.

Sebelum subuh kami tiba di pekan Lumut dalam jam 5.30 pagi agaknya. Selepas solat subuh,saya bersama beberapa rakan sempat berjalan kaki dari masjid sampai ke jeti Lumut. Mula-mula gelap tak nampak ape2. Selepas mandi dekat tempat mandi awam, baru nampak pulau Pangkor dekat seberang jeti. Agak-agak dalam 15 km??? (tak tau ukur jarak...having problem with that :-P).

Sesudah matahari menampakkan sinarnya, kami pun bergerak ke Pengakalan TLDM (sebelum tu,breakfast dulu la ye) yang jauhnya dalam 10 minit. Dr Shah beritahu yang kami akan melawat sebuah syarikat perkapalan, Bousted Naval Shipyard sdn bhd sebab mereka ini yang memberi khidmat membaiki dan mencipta kapal-kapal dan melatih prajurit-prajurit laut. Kami disambut mesra oleh staff-staff BNS sdn bhd. Kami diberi sedikit briefing dan presentation tentang latar belakang dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat BNS sdn bhd.

Kami juga dibawa melawat tapak-tapak pembinaan dan pembaikan kapal-kapal. Beraneka macam kapal yang dipertonjolkan sepanjang lawatan. Yang paling latest ialah floating hotel yang tengah dibangunkan. Setakat ini hampir 80% siap.

Selepas tu,kami ditunjukkan simulator perkapalan COSYS dan satu lagi simulator tentang mengendalikan bahagian elektronik dan fungsi kapal.

Kira-kira jam 2 kami menginap masuk hotel Galaxy Inn selepas lawatan. Sejam berlalu, kami sekelompok bertolak menuju ke pantai peranginan Lumut. Hebat tempat ni, air jernih, angin bayu, seronok sangat. Kami menjalankan beberapa aktiviti. Antaranya galah panjang dan istana pasir. Selesai saja aktiviti, Dr Shah membebaskan kami, maksudnya membenarkan kami membuat aktiviti sendiri.

Pada malamnya pulak, kami bersiar-siar di pekan Lumut. Kalau dah pergi ke tempat orang, wajib kita cuci mata. Walaupun hampir tengah malam, pekan Lumut masih hidup, maklumlah kawasan pelancongan.

Tanggal 7 Oktober 2010...

Kami mula berangkat pulang dalam jam 9 pagi. Selama 10 jam dalam bas akhirnya selamat tiba di UTM Skudai. Segala kenangan kami di Lumut akan terkubu di hati sampai bila-bila.(ayat puitis...)

p.s. Lumut Rocks!

Yok0oso!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Salam perpaduan...

Selamat datang saya ucapkan kepada viewer2 sekalian dan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
Mulai saat ini InsyaAllah segala aktiviti ke, cerita ke, dan interest akan saya post-kan di blog ini. Mudah-mudahan sokongan para viewers akan memanjangkan hayat blog ini.

Yoroshiku Onegaishimasu!